Chelsea beli Amougou selepas Felix dipinjamkan ke Milan

Chelsea beli Amougou selepas Felix dipinjamkan ke Milan


London: AC Milan menandatangani penyerang Portugal, Joao Felix dari Chelsea secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pada masa sama, Chelsea membeli pemain tengah Perancis, Mathis Amougou dari Saint-Etienne dengan kontrak selama lapan tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Media Britain melaporkan, Amougou, 19, menyertai Chelsea dengan yuran sekitar 12 juta pound (RM66.33 juta).

Felix menyertai Chelsea dari Atletico Madrid pada Ogos lalu dengan rundingan tujuh tahun pada harga 46 juta pound (RM254.28 juta).

Tetapi, pemain berusia 25 tahun itu gagal mendapatkan minit permainan pada penampilan kali kedua bersama kelab EPL itu.

Sejak tiba di Chelsea, Felix hanya bermula tiga kali dalam aksi liga sekalipun menjaringkan gol pada penampilan sulung di kelab itu menentang Wolverhampton Wanderers, sekali gus ia kekal sebagai gol tunggalnya musim ini.

Di Milan, Felix akan bekerjasama dengan pengurus dari Portugal, Sergio Conceicao.

Amougou yang juga pemain skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Perancis menyertai Saint-Etienne sebagai pemain remaja pada 2021 dan sudah membuat 17 penampilan di Serie A bagi pasukan yang baru dinaikkan pangkat itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top