Chelsea dan Arsenal berkongsi mata

Chelsea dan Arsenal berkongsi mata


London: Chelsea dan Arsenal berkongsi mata dalam pertemuan sengit dyang berkesudahan 1-1 di Stamford Bridge sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berpengkalan di London itu berkongsi mata dengan sembilan mata di belakang pendahulu Liverpool.

Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-60 selepas menerima bola yang dihantar kemas oleh kapten Martin Odegaard.

Chelsea menyamakan kedudukan 10 minit kemudian apabila pemain gantian Enzo Fernandez melorongkan bola kepada Pedro Neto di luar kotak penalti Arsenal dan pemain Portugal itu melangkah ke sisi sebelum melepaskan rembatan rendah ke sebelah kiri penjaga gol David Raya.

Keputusan itu menyaksikan Chelsea naik ke tangga ketiga manakala Arsenal kekal di tangga keempat dengan kedua-duanya mengumpul 19 mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top