Chelsea nyalakan harapan ke Eropah musim depan

Chelsea nyalakan harapan ke Eropah musim depan


Enzo memacu kemenangan Chelsea di London. Foto Agensi

CHELSEA kembali menghidupkan harapan untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan seteru setempat, Tottenham Hotspur, 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge pada Jumaat.

Jaringan tunggal pemain tengah Argentina, Enzo Fernández, mengangkat skuad The Blues kendalian Enzo Maresca ke tangga keempat liga dengan 52 mata selepas mengharungi 30 perlawanan.

Penyandang juara, Manchester City, mengekori rapat dengan 50 mata, diikuti Newcastle United (51), Aston Villa (48), dan Brighton (47).

Tiga mata berharga itu hadir hasil tandukan Fernández pada minit ke-50 selepas menerima hantaran lintang cantik daripada Cole Palmer yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Chelsea hampir menambah jaringan tidak lama kemudian menerusi voli Moisés Caicedo, namun jaringan tersebut dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati berlaku ofsaid.

Spurs turut mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, tetapi rembatan pemain gantian, Pape Sarr pada minit ke-69 turut dibatalkan oleh VAR atas sebab yang sama.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Ange Postecoglou kekal di tangga ke-14 dan kini meletakkan harapan untuk meraih slot ke pentas Eropah menerusi saingan Liga Europa.

“Persembahan Cole Palmer malam ini sangat mirip dengan aksi-aksi terdahulu. Satu-satunya perbezaan, sebelum ini beliau tidak menjaringkan gol atau mencipta bantuan jaringan.

“Beliau merupakan antara pemain terbaik kami dan mungkin juga yang terbaik. Setiap kali beliau tidak menjaringkan gol atau membuat bantuan, ia jadi berita,” kata Maresca selepas perlawanan.



Source link

OR

Scroll to Top