Chelsea pesta gol masa tambahan, singkir Benfica

Chelsea pesta gol masa tambahan, singkir Benfica


Sepakan percuma cantik James (kanan) pada minit ke-64 hasilkan gol awal Chelsea. Foto Agensi

CHELSEA mencatat kemenangan luar biasa menewaskan Benfica yang beraksi dengan 10 pemain, hasil tiga jaringan lewat dalam masa tambahan di Charlotte, North Carolina.

Perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab ini berlangsung lebih empat jam, termasuk penangguhan hampir dua jam akibat cuaca ekstrem.

Jaringan daripada Christopher Nkunku m-108), Pedro Neto (m-114), dan Kiernan Dewsbury-Hall (m-117) pada separuh masa kedua masa tambahan di Charlotte, North Carolina, akhirnya memastikan Chelsea mara ke suku akhir.

Perlawanan itu disaksikan oleh 25,929 penonton di Stadium Bank of America yang berkapasiti 74,867 tempat duduk.

Pasukan Liga Perdana Inggeris itu pada mulanya kelihatan akan meraih kemenangan mudah, dengan sepakan percuma cantik Reece James pada minit ke-64 yang seolah-olah sudah cukup untuk meraih tiga mata.

Namun, dengan baki hanya empat minit perlawanan, pemain-pemain diarahkan meninggalkan padang akibat ribut petir di kawasan tersebut.

Apabila kedua-dua pasukan akhirnya kembali ke padang setelah hampir dua jam, Benfica mengejutkan Chelsea dengan gol penyamaan menerusi percubaan pertama mereka ke sasaran, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Angel di Maria, yang beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk Benfica, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94 selepas kekasaran dilakukan pemain Chelsea, menjadikan kedudukan 1-1.

Dua kad kuning pada minit ke-96 dan minit pertama masa tambahan menyaksikan pemain muda Gianluca Prestianni dilayangkan kad merah, kad kuning kedua diberikan atas terjahan lewat ke atas Levi Colwill.

Chelsea kemudian memanfaatkan kelebihan seorang pemain berjaya menempah tempat ke suku akhir di Philadelphia pada Sabtu



Source link

OR

Scroll to Top