Pelakon, Puteri Aishah meluahkan rasa duka yang mendalam atas pemergian ibu tersayangnya yang meninggal dunia selepas hampir sedekad bertarung dengan penyakit kanser.
Menerusi hantaran penuh emosi di media sosial, Puteri Aishah berkongsi ucapan perpisahan buat ibunya sambil menyifatkan wanita itu sebagai insan paling disayanginya di dunia.
“Selamat jalan Mama kesayanganku. Terima kasih atas segala pengorbanan yang tak terhingga.
“You are the best Mom in the whole world. Cinta Angah pada Mama melebihi segalanya yang angah cinta di dunia ni dan saya tahu you love me the moon and back, too,” luahnya.
Menurut Puteri, Allahyarham ibunya, Norita Sulaiman telah berjuang melawan penyakit kanser selama hampir 10 tahun demi bersama keluarga tercinta.
Tambahnya, setiap kenangan bersama ibunya akan sentiasa tersemat dalam ingatan dan hatinya buat selama-lamanya.
“Mama dah lawan kanser hampir 10 tahun. Terima kasih dah berjuang habis-habisan untuk stay dengan kami di dunia ni selama mungkin dan sekarang, mama rehat okay?
“I will treasure our memories, forever. Mama selamanya di hati angah. No one can replace my mama. Dan, angah harap mama selalu datang dalam mimpi angah dan peluk me please. I love you, Ma,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Puteri Aishah Meninggal Dunia






