Cinta Setandan Pisang menang Lagu Etnik Kreatif AIM24

Cinta Setandan Pisang menang Lagu Etnik Kreatif AIM24


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Genting Highlands: Penyanyi, Eda Ezrin tidak hadir ketika lagu nyanyiannya bersama Den Manjo berjudul Cinta Setandan Pisang diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Kreatif di Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).

Lagu itu berjaya mengalahkan empat lagu lain iaitu Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir), Oh Huminodun (Elica Paujin).

Sementara itu, Den Manjo mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat terhadap lagu etnik dengan dialek Kelantan ciptaan komposer, Eddie Hamid itu.

“Terima kasih kepada semua yang sokong lagu Kelate. Teruskan sokong satu sama lain,” katanya.

Atas kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV) serta trofi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top