Ciri anak yang soleh

Ciri anak yang soleh


Ustaz Kamal Ashaari
– Advertisement –

KUALA LUMPUR: Allah SWT menyebutkan beberapa ciri hamba-Nya yang soleh dalam surah Al-Furqan, ayat 63 hingga 77.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari berkata, ia juga relevan dalam menggambarkan anak yang soleh.

Menurutnya, ayat-ayat tersebut dimulai dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al-Furqan: 63)

– Advertisement –

“Ayat ini menggambarkan bahwa anak yang soleh adalah mereka yang memiliki sifat rendah hati dan bijaksana dalam berinteraksi dengan orang lain,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Tambahnya, mereka tidak hanya menunjukkan sikap hormat kepada orang yang lebih tua tetapi juga bersikap lembut dan berbicara dengan cara yang baik meskipun menghadapi orang-orang yang kurang memahami.

Selain itu, jelasnya ciri-ciri anak yang soleh juga termasuk ketaatan kepada orang tua dan kesedaran akan tanggungjawab.

Ini, ujarnya menerusi ayat 23 surah Al-Isra dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa“.

Beliau berkata, ayat itu menekankan pentingnya berbakti kepada ibu bapa, yang merupakan salah satu ciri utama anak yang soleh.

“Anak yang soleh akan selalu menghormati dan mematuhi kedua orang tua mereka, berusaha untuk memenuhi hak mereka dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 30/8/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top