City juara, Guardiola anggap istimewa

City juara, Guardiola anggap istimewa


LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal dalam aksi final Piala Liga, semalam sebagai satu detik istimewa selepas pasukannya melalui tempoh sukar yang hampir menjejaskan musim mereka.

Dalam perlawanan di Wembley, Nico O’Reilly muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, termasuk memanfaatkan kesilapan penjaga gol Arsenal, Kepa Arrizabalaga.

Menurut Guardiola, kemenangan itu amat bermakna buat City yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu termasuk tersingkir di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Real Madrid.

Keputusan seri menentang Nottingham Forest dan West Ham dalam saingan liga baru-baru ini turut menjejaskan peluang mereka memburu kejuaraan apabila kini ketinggalan sembilan mata di belakang Arsenal.

“Kami meraih kemenangan yang luar biasa. Untuk menang menentang pasukan itu menjadikannya istimewa.

“Ia sangat bermakna. Sentiasa sukar untuk memenangi trofi, terutamanya kerana bersama Bayern Munich dan Barcelona, Arsenal adalah pasukan terbaik di Eropah.

“Kami tidak dapat menang menentang West Ham atau Nottingham Forest. Kami tewas kepada Real Madrid di tempat sendiri dan juga di tempat lawan. Tiada siapa mempertaruhkan walau satu pound bahawa kami akan menang.

“Ia istimewa kerana kami melalui dua minggu yang sukar. Saya sangat gembira kerana Mikel (Arteta) telah membentuk pasukan yang hampir mustahil ditewaskan. Lima Piala Liga dalam 10 tahun bukanlah sesuatu yang buruk,” kata Guardiola. – AFP





Source link

OR

Scroll to Top