City kembali tunjuk taring sebenar

City kembali tunjuk taring sebenar


City tampil dengan persembahan terbaik untuk menundukkan Liverpool 3-0. Foto: AFP

KAPTEN Manchester City, Ruben Dias menegaskan pasukannya kini kembali ke prestasi terbaik selepas menundukkan Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sekali gus merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Kemenangan bergaya itu hadir ketika pengurus, Pep Guardiola meraikan perlawanan ke-1,000 dalam karier pengurusannya, diserikan dengan jaringan daripada Erling Haaland, Nico Gonzalez dan Jeremy Doku yang memastikan City terus menekan Arsenal dalam perebutan takhta liga.

Musim lalu, City menamatkan saingan 13 mata di belakang Liverpool, yang menjadi satu pencapaian mengecewakan apabila mereka melalui musim tanpa sebarang trofi buat kali pertama dalam era Guardiola.

Namun, menurut Dias, perubahan dan pembaharuan skuad dalam dua jendela perpindahan terakhir telah mengembalikan kekuatan sebenar pasukan.

“Sudah tentu kami sangat gembira untuk Pep. Kami hidup untuk perlawanan seperti ini, di tahap tertinggi seperti ini.

“Perbezaannya adalah semua pemain bersedia untuk tampil dan berkorban demi rakan di sebelah mereka. Sebelum saya menyertai kelab ini, saya melihat inilah faktor yang menjadikan City menang begitu banyak trofi,” katanya.

Dias turut menegaskan semangat serta kualiti dalam skuad masih kekal utuh meskipun beberapa pemain utama telah meninggalkan kelab sejak musim lalu.

“Perbincangan mengenai proses pembinaan semula sudah bermula sejak musim lepas. Walaupun ada muka baharu yang menggantikan yang pergi, kualiti dan semangat itu tetap sama. Kami akan terus berjuang dan menolak diri lebih jauh,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • KAPTEN Manchester City, Ruben Dias menegaskan pasukannya kembali ke prestasi terbaik selepas menewaskan Liverpool 3-0
  • Kemenangan tersebut menyempitkan jurang kepada empat mata di belakang Arsenal
  • Musim lalu, City menamatkan saingan 13 mata di belakang Liverpool tanpa sebarang trofi
  • Perubahan dan pembaharuan skuad dalam dua jendela perpindahan terakhir telah mengembalikan kekuatan sebenar City
  • Semangat dan kualiti dalam skuad City kekal utuh walaupun beberapa pemain utama telah meninggalkan kelab



Source link

OR

Scroll to Top