SELEPAS berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan apabila Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6-8 Oktober untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Oktober di New Laos National Stadium.
Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10-13 Oktober menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 September dan 8 September lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.
“Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah,” menurut kenyataan itu.
Berikut senarai nama 29 pemain:
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 29
Johor Darul Ta’zim
Arif Aiman Mohd Hanapi, 23
Johor Darul Ta’zim
La’Vere Lawrence Corbin-Ong, 34
Johor Darul Ta’zim
Mohd Shahrul Mohd Saad, 32
Johor Darul Ta’zim
Muhammad Afiq Fazail, 31
Johor Darul Ta’zim
Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 31
Johor Darul Ta’zim
Junior Eldstal, 34
Johor Darul Ta’zim
Romel Oswaldo Morales Ramirez, 28
Johor Darul Ta’zim
Harith Haiqal Adam Afkar, 23
Selangor
Mohamad Faisal Abdul Halim, 27
Selangor
Muhammad Aliff Izwan Yuslan, 21
Selangor
Nooa Hamzah Laine, 23
Selangor
Quentin Cheng Jiun Ho, 26
Selangor
Declan Stephen Lambert, 27
Kuala Lumpur City
Muhammad Safawi Rasid, 28
Kuala Lumpur City
Sturmer Dos Reis Paulo Josue, 36
Kuala Lumpur City
Jordan Mintah, 30
Kuching City
Muhammad Haziq Nadzli, 27
Kuching City
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 25
Kuching City
Daniel Sang Ting, 33
Sabah
Dominic Tan Jun Jin, 28
Sabah
Stuart John Wilkin, 27
Sabah
Muhammad Azam Azmi Murad, 24
Terengganu
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, 22
Terengganu
Muhammad Azri Abdul Ghani, 26
Negeri Sembilan
Dion Johan Chai Cools, 29
Cerezo Osaka
Endrick Dos Santos Parafita, 30
Ho Chi Minh City Police
Sergio Fabian Ezequiel Aguero, 31
Kanchanaburi Power
Richard Li Hua Chin, 23
Raith Rovers
Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:
Ibrahim Manusi, 24
Johor Darul Ta’zim
Mohamadou Sumareh, 31
Johor Darul Ta’zim
Nathaniel Shio Hong Wan, 25
Johor Darul Ta’zim
Adam Nor Azlin, 29
Kuala Lumpur City
Mohammad Syamer Kutty Abba, 28
Kuala Lumpur City
Ryan Edward Lambert, 27
Kuala Lumpur City
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, 30
Selangor
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 23
Selangor
Muhammad Safwan Mazlan, 23
Terengganu
Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 27
Terengganu
Mohd Suhaimi Husin, 31
Terengganu
Muhammad Adib Abdul Ra’op, 26
Penang
Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal, 26
St. Louis City
– Bernama
Ringkasan AI
- Selepas isu tujuh pemain warisan, Harimau Malaya beralih ke tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah untuk kem latihan
- Skuad berangkat ke VientiaSkuad berangkat ke Viene, Laos untuk latihan pusat sebagai persediaan lawan Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027
- Latihan pusat akan bersambung di Kuala Lumpur menjelang perlawanan timbal balik menentang Laos
- Peter Cklamovski kekal 22 pemain dari skuad sebelumnya dan tambah dua pemain dari B-23 serta tiga muka baru
- Senarai 29 pemain diumumkan termasuk pemain dari Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur City, dan Kuching City