Cklamovski perjelas sebab berlatih di Johor, lawan di KL

Cklamovski perjelas sebab berlatih di Johor, lawan di KL


PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjelaskan sebab kem latihan kali ini berbeza apabila pasukan negara akan menjalani latihan di Johor Bahru sebelum kembali berlatih di Kuala Lumpur untuk aksi menentang Cape Verde dan Vietnam.

Menurutnya, fasiliti di Johor adalah antara yang terbaik di negara ini dan beliau mahu mewujudkan suasana bertaraf tinggi dalam kem latihan Harimau Malaya.

“Kemudahan terbaik di negara ini, penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas sokongan baginda.

“Dengan adanya padang latihan serta segala kemudahan yang disediakan di JDT, ia memberikan suasana bertaraf tinggi dan ia persekitaran yang kami mahu wujudkan.

“Kami berada di sana untuk tempoh yang singkat sebelum ke Kuala Lumpur dan meneruskan kem latihan. Selepas itu, kami mengharungi perlawanan penting menentang Cape Verde dan perlawanan besar menentang Vietnam,” katanya.

Skuad negara akan berlatih di Johor selama seminggu bermula Ahad ini sehingga 26 Mei sebelum kembali menjalani latihan selama dua hari di Kuala Lumpur.

Selepas itu, Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei.

Kemudian, mereka akan sekali lagi bertemu lawan sama bagi perlawanan latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Jun.

Aksi terpenting buat barisan kendalian Cklamovski adalah berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun yang akan menjadi misi memburu tiga mata berharga.



Source link

OR