Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkongsikan mengenai maksud co-parenting dalam Islam dimana ia berkenaan belas kasihan dan tanggungjawab.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah berkata meskipun sesebuah perkahwinan itu sudah berakhir namun membimbing anak-anak adalah amanah yang perlu dipikul oleh kedua ibu bapa.
BACA: Nubhan Fail Tuntutan Hadanah Tiga Anak Terhadap Dr Afifah

“Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah iaitu belas kasihan dan tanggungjawab. Walaupun perkahwinan berakhir, kewajipan untuk memelihara dan membimbing anak-anak kekal sebagai amanah yang dikongsi bersama.
“Mestilah bersama-sama mendidik mereka tentang kasih sayang, rasa hormat dan keimanan,” tulisnya.
Terdahulu, Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan.





