CONBOO hadiahkan SUV mewah, emas buat pemenang ABPBH 36

CONBOO hadiahkan SUV mewah, emas buat pemenang ABPBH 36


BAHANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-36 yang berlangsung malam tadi masih terasa. 

Edisi kali ini dilancarkan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema Teguh yang mengusung mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti rakyat Malaysia.

Dengan pelbagai persembahan menarik dan kehadiran ramai peminat, acara ini memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka dalam industri hiburan, acara yang paling dinanti-nantikan ini tidak hanya meraikan pencapaian cemerlang mereka, tetapi juga menunjukkan sokongan padu daripada penaja utama, CONBOO.

Antara sorotan utama malam tadi adalah apabila penyanyi paling popular, Aina Abdul diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH36.

Aina yang menerima jumlah undian keseluruhan sebanyak 8,882,662 undian meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya.

Kemenangannya bukan sahaja membawa pulang trofi berprestij, tetapi juga sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah Toyota Harrier yang ditaja oleh CONBOO, jenama kecantikan terkemuka yang berdedikasi untuk mempromosikan keyakinan diri melalui makanan tambahan semula jadi.

Ini adalah satu pengiktirafan yang sangat bermakna, menunjukkan betapa besarnya sokongan peminat terhadap bakat dan usaha Aina dalam industri hiburan.

CONBOO, sebagai penaja utama telah menunjukkan komitmen yang luar biasa dengan menghadiahkan dua kepingan emas seberat 50 gram kepada pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular yang disandang oleh, Khai Bahar dan Penyanyi Wanita Popular, Aina Abdul.

Inisiatif ini menjadikan ABPBH36 sangat istimewa kerana buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran ABPBH, penaja utama menaja sepenuhnya ganjaran lumayan berupa SUV mewah dan dua kepingan emas seberat 50 gram.

Penonton dan peminat di seluruh Malaysia juga tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka melihat hadiah-hadiah bernilai ini disampaikan kepada para pemenang.

Suasana malam tadi dipenuhi dengan sorakan dan kegembiraan. Dengan setiap anugerah yang diberikan, ABPBH36 menjadi saksi kepada perjalanan seni para artis yang dipenuhi dengan usaha dan dedikasi.

Lebih menarik lagi, ia bukan sahaja meraikan pencapaian bintang-bintang popular, tetapi juga menggalakkan artis-artis lain untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik. 

Kemeriahan ABPBH36 menandakan bahawa industri seni sentiasa berkembang dan memerlukan sokongan padu daripada semua pihak, termasuk peminat dan penaja.

Bersempena dengan penganjuran ABPBH kali ini juga, CONBOO turut memperkenalkan Beau3 Milk yang mampu meningkatkan kecantikan kulit dan keyakinan tanpa belanja besar.

Jenama kecantikan terkemuka ini menghasilkan makanan tambahan daripada bahan semula jadi premium seperti ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutathione, ekstrak kurma, madu manuka, ekstrak biji anggur, susu kambing dan stevia untuk membantu melahirkan individu yang percayakan diri.

Jangan lepaskan peluang untuk cantik dengan CONBOO.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top