Conte kekal bersama Napoli

Conte kekal bersama Napoli


Conte terus mengendalikan Napoli musim depan. Foto: Agensi

ANTONIO Conte mengesahkan akan terus mengendalikan Napoli untuk musim 2025/2026 selepas mengadakan pertemuan penting bersama Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis.

Pertemuan yang turut dihadiri Pengarah Sukan Giovanni Manna dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Andrea Chiavelli itu menyaksikan persetujuan kenaikan gaji untuk Conte, walaupun terma asas kontraknya dikekalkan.

Salam musim sulungnya, Conte berjaya membawa Napoli menjulang kejuaraan Serie A dengan kelebihan satu mata mengatasi Inter Milan.

Walaupun timbul spekulasi mengenai pemergiannya, sokongan padu daripada pengurusan dan penyokong meyakinkan bekas pengendali Chelsea dan Tottenham Hotspur itu untuk kekal di Naples.

Menurut laporan football Italia, De Laurentiis memberi jaminan akan menyokong Conte sepenuhnya melalui pelaburan dalam skuad serta penambahbaikan fasiliti latihan iaitu langkah penting bagi memperkukuh pasukan dan menangani isu kecederaan yang pernah membelenggu mereka.

Sebelum ini, Conte dikhabarkan bakal meninggalkan Napoli dan kembali ke Juventus bagi menggantikan Igor Tudor.



Source link

OR

Scroll to Top