'Counter Setting': 4 pegawai disiasat, 25 Pati ditahan di KLIA

'Counter Setting': 4 pegawai disiasat, 25 Pati ditahan di KLIA


hafidzul@hmetro.com.my

Sepang: Empat pegawai sedang disiasat kerana didakwa bersubahat membantu warganegara asing melepasi pemeriksaan imigresen bagi tempoh Januari hingga April lalu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memaklumkan ia hasil pemantauan berterusan yang dilakukan AKPS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, empat pegawai yang disiasat disyaki terbabit dalam aktiviti ‘counter setting’ iaitu amalan melepaskan individu tertentu melalui kaunter pemeriksaan tanpa melalui prosedur yang sah dan teratur.

“Selain itu, seramai 25 warganegara asing turut ditahan di KLIA bagi tempoh yang sama kerana cuba keluar dari negara ini.s

“Warga asing dari Vietnam, Kemboja, India, dan Indonesia itu ditahan kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini dan pengesahan masuk mereka disyaki diperoleh tanpa prosedur yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, AKPS memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau individu yang terlibat dalam sebarang salah laku atau perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawai yang terbabit.

“AKPS akan terus mempergiatkan usaha pemantauan serta memperkemas

mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pintu masuk negara tidak disalah guna oleh mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara,”katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top