Coway Dazzie™ bersaiz kecil dengan fungsi maksimum

Coway Dazzie™ bersaiz kecil dengan fungsi maksimum


Bagi mereka yang tercari-cari penulen air yang tidak mendominasi ruangan, Coway tampil dengan Coway Dazzie™, penulen air yang direka untuk disepadukan dengan lancar ke dalam dapur moden. 

Bukan sekadar perkakas biasa, Coway Dazzie™ mempunyai estetika yang anggun dan minimalis, tersedia dalam Putih Porselin dan Kelabu Grafit bagi melengkapkan sebarang reka bentuk kediaman pengguna. 

Rekaan Coway Dazzie™ memberikan lebih ruang pada kaunter dapur pengguna, menjadikannya sesuai untuk dapur kecil.

Walaupun mempunyai saiz yang kecil, Coway Dazzie™ bakal memberikan kualiti air bersih terbaik kerana ia dilengkapi teknologi Nanotrap™ yang berupaya menghapuskan kekotoran sambil mengekalkan mineral semula jadi yang diinginkan. 

Selain itu, ia turut hadir dengan penapis Inno-Sense tambahan yang dapat mengurangkan bau dan meningkatkan rasa seterusnya memastikan pengguna menikmati air tulen yang menyegarkan.

Ciri mesra pengguna

Penulen air ini juga dapat memaksimumkan fungsi dalam bentuk yang padat. FOTO – Coway.

Menariknya tentang Coway Dazzie™, pengguna boleh menikmati air panas, sejuk atau suhu persekitaran tanpa had dengan satu sentuhan butang. 

Terdapat empat pilihan pra tetap untuk mengeluarkan air pada suhu ideal bagi memenuhi keperluan pengguna termasuk susu formula bayi (45°C), teh (70°C), kopi (85°C), serta mi segera atau telur rebus (98°C).

Dengan reka bentuk penjimatan ruang yang ditampilkan, penulen air ini juga dapat memaksimumkan fungsi dalam bentuk yang padat.

Paip yang dipanjangkan dengan empat isipadu pra tetap juga memudahkan air disalurkan ke dalam cawan (250ml), botol (500ml), periuk (1,000ml) mahupun aliran berterusan sekali gus menghilangkan keperluan jag besar.

Coway Dazzie™ mengutamakan kesihatan anda dengan sistem sanitasi UV terbina dalam yang menghapuskan 99.9 peratus bakteria seperti E.coli, S.aureus dan P.aeruginosa pada paip. 

Selain itu, penulen air ini juga secara automatik akan memasuki mod tidur selepas sejam tidak aktif bagi menjimatkan lebih banyak tenaga.

Sekiranya tiada di rumah untuk beberapa hari, pengguna boleh buang dan isi semula tangki secara mudah dalam tiga saat untuk memastikan kesegaran air yang terjamin apabila pulang ke rumah.

Dalam pada itu, pengguna boleh menikmati ketenangan fikiran dengan program penjagaan percuma Coway yang mana setiap empat bulan, profesional perkhidmatan Coway akan melawat rumah pengguna untuk melakukan pembersihan menyeluruh, menggantikan penapis dan memastikan Coway Dazzie™ berfungsi dengan baik.

Buat pertama kalinya juga, Coway menawarkan diskaun sehingga 50 peratus apabila pengguna membeli produk penulen air mereka.

Kini, pengguna boleh mendapatkan penulen air Coway baharu dengan rebat sehingga 50 peratus dengan maksimum enam kali pembayaran bulanan (bermula daripada bil bulan kedua dan seterusnya).

Pengguna juga boleh mendapatkannya melalui pelan pembayaran mudah bermula RM79 dengan perkhidmatan percuma selama tujuh tahun.

Naik taraf dapur kediaman dan nikmati kemudahan penulen air yang bersih dan menyegarkan. 

Layari http://www.coway.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Coway Dazzie™.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top