Los Angeles: Juara dunia super middleweight tanpa kalah, Terence Crawford, mengumumkan persaraannya daripada sukan tinju pada Selasa.
Pengumuman itu dibuat tiga bulan selepas meraih kemenangan terbesar dalam kariernya ke atas Saul “Canelo” Alvarez.
Peninju berusia 38 tahun dari Nebraska itu, yang menumbangkan legenda Mexico, Alvarez di Las Vegas pada September lalu.
Kejayaan itu membolehkan dirinya merangkul kejuaraan super middleweight mengumumkan keputusan itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.
“Saya memilih untuk berundur daripada pertandingan, bukan kerana saya sudah tidak mampu bertarung.
“Tetapi kerana saya sudah memenangi satu perjuangan dalam sukan tinju dengan puas dan suka serta duka,” kata Crawford dalam mesej persaraannya.
“Iaitu apabila seseorang mampu melangkah pergi mengikut syaratnya sendiri,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd





