KOTA BHARU: CU Malaysia terus memperkukuhkan lagi jenamanya di Pantai Timur dengan perasmian satu lagi cawangan terbarunya di UTC Kelantan.
Ini adalah langkah strategik jenama itu dalam usaha membawa pengalaman kedai serbaneka dengan sentuhan cita rasa Korea buat komuniti di Kota Bharu.
Selain itu, ia juga adalah penambahan kepada dua lagi cawangan CU sedia ada di kawasan ini yang menyediakan ruang kepada penduduk tempatan bagi menikmati hidangan Korea yang lazat dan halal.
Pengarah CU Malaysia, Dr. Blake Dang berkata, kehadiran jenama CU di Pantai Timur berkembang pesat hasil dorongan dan permintaan yang tinggi terhadap makanan dan minuman Korea yang autentik dan halal.
“Kami juga bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan CU pada tahun hadapan berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.
“Fokus kami adalah untuk membuka lebih 200 cawangan di seluruh negara menjelang 2025,” katanya.
Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Mejar (B) Datuk Haji Md. Anizam Abdul Rahman, seorang pemimpin yang banyak berjasa dalam membangunkan negeri Kelantan.
Menurut Blake, pembukaan ini bukan sahaja menandakan perluasan jenama CU tetapi juga komitmen jenama itu dalam memperkasa perniagaan kecil di Kelantan dengan menyediakan platform untuk memasarkan produk mereka.
Selain itu, CU Malaysia turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat melalui inisiatif ‘Allowance That Allows’.
Sebanyak RM240,000 disalurkan bagi meringankan beban kewangan pelajar menengah tinggi yang kurang berkemampuan di Kelantan.
Pelbagai pilihan makanan menarik
Bagi penggemar makanan Korea, CU Malaysia menawarkan pelbagai pilihan hidangan seperti Dopbap (Set Nasi Korea), Dak Gang Jeong (Ayam Goreng Korea) dan Tteokbokki (Kek Beras Korea).
Tidak terhenti disitu, terdapat juga pelbagai hidangan sosej jagung keju (corndog) dan Gimbap Mega XL dengan pilihan makanan laut mahupun ayam.
Selain menawarkan snek dan hidangan Korea yang lazat, CU Malaysia juga berusaha membawa pelanggan merasai suasana jalanan yang meriah di Seoul.
Kunjungi cawangan CU Malaysia berdekatan dan rasai pengalaman kedai serbaneka dengan sentuhan cita rasa Korea hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd