Cuba samun di stesen minyak, seorang lelaki akan didakwa esok

Cuba samun di stesen minyak, seorang lelaki akan didakwa esok



nurul.hidayah@hmetro.com.my

Subang Jaya: Seorang lelaki akan didakwa di mahkamah, esok (Selasa), berhubung kes cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dekat sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam.

“Susulan itu, kami menerima arahan untuk menuduh seorang lelaki tempatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menghayunkan senjata ke arah kenderaan dan merosakkan kenderaan dipandu mangsa.

“Suspek lain dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan. Suspek terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret 2, Shah Alam, esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan sekumpulan penjenayah yang disyaki terbabit cuba menyamun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dekat sini, berjaya diberkas polis dalam serbuan berasingan pada 7 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dihampiri empat lelaki bersenjatakan kayu pada jam 1.37 pagi.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan pengadu lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan sehingga pecah.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top