Pereka fesyen terkenal, Fiziwoo menyorot perhatian apabila berkongsi hantaran seakan-akan menyindir pihak yang didakwa cuba ‘merembat’ pekerjanya.
Menerusi perkongsian di Threads, Fiziwoo meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan yang disifatkannya sebagai tidak profesional apatah lagi ketika dia sibuk membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Tak faham aku designer seekor ni, tengah orang sibuk nak raya ni.. dua kali kau cubaan nak rembat staff aku.
“Penat aku buat farewell bagai, last-last dapat gambar kau kerja dekat sana. Mudahnya aku ditipu,” katanya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai respons terhadap posting berkenaan.









