“Cukup Bertuah Dapat Suami Pengasih & Penyayang..”- Abby Abadi Harap Rumah Tangga Pempengaruh Indonesia Dapat Diselamatkan

“Cukup Bertuah Dapat Suami Pengasih & Penyayang..”- Abby Abadi Harap Rumah Tangga Pempengaruh Indonesia Dapat Diselamatkan


Pelakon dan anggota Kumpulan Elite, Abby Abadi meluahkan rasa simpati terhadap kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh popular dari Indonesia yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata, walaupun tidak berniat untuk mencampuri urusan peribadi pasangan berkenaan, namun sebagai seorang ibu dan wanita, dia berharap hubungan mereka dapat diselamatkan demi masa depan anak-anak yang masih kecil.

“Terbaung jauh ke Indonesia. Tak berniat nak campur tapi kalau lah boleh diselamatkan hubungan merek atu pasti bahagia anak-anak yang masih kecil itu kan?

“Cukup bertuah dapat suamim yang pengasih, penyayang, rajin masak, rajin melayan anak-anak. Isteri pula ke laut dalam.

“Tapi serius kan? Kalau boleh diselamatkan memang saya berharap mereka bersam akembali. Anak-anak sangat memerlukan ibu dan ayahnya.

“Jauh lagi perjalanan masing-masing masih muda dan masih boleh diperbaiki lagi mana yang kurang,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Abby sekali gus menganggap tindakan isteri kepada pempengaruh berkenaan yang dikenali sebagai Julia tidak seharusnya berlaku memandangkan suaminya, Daehoon seorang yang bertanggungjawab terhadap rumah tangga mereka.



Source link

OR

Scroll to Top