“Cukup Dah Tujuh Ni” – Ayu Raudhah Nafi Hamil Anak Kelapan

“Cukup Dah Tujuh Ni” – Ayu Raudhah Nafi Hamil Anak Kelapan

“Cukup Dah Tujuh Ni” – Ayu Raudhah Nafi Hamil Anak Kelapan


Pelakon Ayu Raudhah menafikan dakwaan dia sedang hamil anak kelapan selepas tular video di TikTok memaparkan dia seolah-olah sedang sarat mengandung.

Memetik mStar Online, Ayu berkata video tersebut adalah rakaman lama yang dikongsikan semula oleh netizen.

BACA: Anak Bongsu Ayu Raudhah Meninggal Dunia Dalam Tidur

“Saya pun tak tahu fasal video itu, yang mana satu? Taklah, saya tak mengandung. Itu video lama yang tiba-tiba keluar semula,” katanya.

Sementara itu, Ayu berkata dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya pun tak ingat dah tujuh kali mengandung dan mana satu videonya. Tak kot (tambah cahaya mata). Alhamdulillah, cukup dah tujuh ini,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada Zaquan Adha itu berkata dia tidak pasti niat individu yang memuat naik semula video berkenaan namun akan meneliti akaun tersebut.

“Saya tak tahu siapa yang buat semua itu. Kalau bukan sebab panggilan ini, saya memang tak tahu langsung. Saya akan tengok dulu video-video itu, kemudian baru saya fikir nak ambil tindakan apa,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top