“Cukuplah Sekali Saya Menangis Depan Khalayak”

“Cukuplah Sekali Saya Menangis Depan Khalayak”


Penyayi Shila Amzah mengakui dia beberapa kali pernah terkesan susulan kecaman netizen dilemparkan terhadap dirinya di media sosial.

Memetik Utusan, Shila berkata mungkin dirinya nampak gembira namun tidak menafikan pernah menangis kerana kecaman.

BACA: Ubai Ajar Shila Amzah Hidup Macam Orang Biasa

Kata Shila lagi, cukuplah sebelum ini dia pernah menangis di khalayak ramai dan tidak akan berkongsikan emosinya secara terbuka lagi.

“Banyak kali sebenarnya (terkesan). Saya ini nampak sahaja gembira, namun sebenarnya ada juga masa di mana saya menangis kerana kecaman orang di media sosial.

“Tapi perkara itu tidak saya tunjukkan. Cukuplah sekali dulu saya menangis depan khalayak.

“Sekarang saya tak berkongsi emosi secara terbuka kepada umum untuk jaga air muka saya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Shila meluahkan rasa syukur suaminya, Ubai sentiasa memberi semangat kepadanya serta ada tempat untuk meluakan jika berdepan fasa sukar

“Dulu saya dapatkan bantuan profesional. Sekarang lebih banyak meluahkan kepada suami. Bukan mudah untuk pulih dari kesedihan melampau atau kemurungan. Saranan saya, kepada mereka yang berdepan situasi sama, dapatkan khidmat nasih dan bantuan pakar.

“Jangan pendam atau membuat carian di Google kerana tindakan itu tidak menyelesaikan masalah anda,” katanya.

Sumber: Utusan






Source link

OR

Scroll to Top