“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol” – Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Bawa Keluarga Pembantu Rumah Rai Krismas Di Kuala Lumpur

“Dah Agak Mesti Ada Komen Badigol” – Intan Najuwa Perjelas Salah Faham Bawa Keluarga Pembantu Rumah Rai Krismas Di Kuala Lumpur


Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa tampil memberi penjelasan susulan timbul salah faham dalam kalangan netizen berhubung tindakannya membawa keluarga pembantu rumahnya ke Kuala Lumpur sempena sambutan Krismas.

Kata Intan, dia sudah menjangkakan akan menerima pelbagai reaksi, termasuk komen negatif, meskipun niat sebenarnya hanyalah untuk menyatukan sebuah keluarga yang telah lama terpisah.

“Dah agak mesti ada comment badigol. Saya tak sambut Christmas. My helper is Christian, so I flew her family to KL for them to celebrate Christmas together,” katanya.

Jelasnya, kehadiran keluarga pembantu rumahnya itu tidak langsung melibatkan dirinya dalam sebarang sambutan keagamaan, sebaliknya dilakukan atas dasar kemanusiaan dan empati.

“Bukannya aku sekali terkinja celebrate dengan diaorang sekali. Niat nak menyatukan keluarga yang dah lama tak berjumpa sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, Intan menerusi perkongsian di platform Threads, meluahkan perasaan gembiranya apabila dapat menunaikan janji agar pembantunya yang dikenali sebagai Jussele dapat meluangkan masa dan meraikan Krismas bersama keluarganya dari Filipina.

“Gembira sangat mereka akhirnya bersatu semula. Jussele benar-benar salah satu rahmat terbesar saya, dia telah menjaga Lunara dengan begitu baik dan saya selamanya bersyukur kepadanya.

“Saya berjanji kepadanya tahun ini saya akan terbangkan keluarganya ke Kuala Lumpur dan sekarang saya dapat membawa anak perempuan Jussele dan keluarganya dari Filipina supaya mereka boleh merayakan Krismas bersama-sama,” kongsinya.



Source link

OR

Scroll to Top