Dah cuba selamatkan tapi akhirnya kami pilih untuk berpisah secara baik – Yusuf Bahrin

Dah cuba selamatkan tapi akhirnya kami pilih untuk berpisah secara baik – Yusuf Bahrin


Pelakon Yusuf Bahrin mengesahkan rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Zizi Kirana telah berakhir dengan lafaz cerai talak satu.

Berpisah secara baik

Foto: Utusan

Menurut Yusuf, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mana-mana pasangan, namun ia menjadi pengakhiran yang tidak pernah dijangka dalam kehidupannya.

“Tak ada satu pasangan dalam dunia ini yang sukakan penceraian. Tapi dalam kisah hidup saya dengan dia, inilah pengakhiran yang saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Yusuf turut menjelaskan bahawa mereka berdua telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

“Kami dah cuba setiap upaya untuk selamatkan rumah tangga ini,” jelasnya.

Screenshot

Walaupun sudah berpisah, Yusuf menegaskan hubungan mereka berakhir secara baik tanpa sebarang persengketaan atau dendam.

“Kami berpisah secara baik dan tak ada musuhan, tak ada apa-apa dendam. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, Yusuf turut memohon doa orang ramai agar dia dan bekas isterinya terus diberikan kebaikan dalam kehidupan masing-masing selepas perpisahan tersebut.

Untuk info, pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan lafaz cerai tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah dalam dewan bicara hari ini.

Menurut peguam syarie, Haiza memberitahu berlaku lafaz talak secara raji’e oleh Yusuf terhadap Zizi selaku plaintif yang memfailkan permohonan cerai.

Artikel lain: Raya berasingan? Rumah tangga Yusuf Bahrin & Zizi Kirana jadi tanda tanya

Terdahulu, rumah tangga mereka didakwa goyah selepas Zizi dan Yusuf memuat naik foto menyambut Aidilfitri secara berasingan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: TikTok Media Hiburan





Source link

OR

Scroll to Top