Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tuntut komitmen kerajaan terhadap pelaksaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang kini belum mendapat perhatian sepenuhnya.
Menurut Dr Ahmad Samsuri, isu LPT3 sentiasa menjadi tajuk yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Terengganu dan Kelantan supaya dipandang serius oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada perkembangan positif berhubung projek tersebut yang dijangka akan memberi manfaat kepada 3.14 juta penduduk dua negeri itu.
Tuntut komitmen kerajaan
“LPT3 yang diumumkan sejak RMK-9 (2006) dengan kos asal RM2.867 bilion kini meningkat kepada RM9.8 bilion akibat beberapa kali penangguhan.
“Walaupun kajian awal siap pada Ogos 2022, namun ia masih tidak disenaraikan dalam RMK-13 dan Belanjawan 2026.
“Berdasarkan jawapan Menteri pada sidang lalu, projek ini masih di peringkat penyediaan dokumen Request for Proposal (RFP) walaupun sudah sekian lama dibangkitkan.
“Sedangkan manfaatnya akan dirasai oleh 3.14 juta penduduk Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, baru-baru ini.
Artikel lain: PM Anwar dedah RM1 bilion subsidi ayam disalur semula kepada rakyat
Tuntut komitmen kerajaan
Malah, Dr Ahmad Samsuri turut menegaskan bahawa antara asas pembentukan dan kestabilan negara adalah kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang perlu dijalankan secara telus dan adil.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar formula khusus diwujudkan bagi memastikan tadbir urus dapat bergerak lancar seiring dengan pembangunan sebuah negara berdaulat.
Sumber: Facebook @Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar