Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”

Daiyan Trisha Berang Akaun Palsu Sebar Dakwaan Tukar Agama – “Hentikanlah Perkara Mengarut Ini”


Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, meminta bantuan netizen untuk melaporkan sebuah akaun palsu yang menyamar sebagai dirinya dan menyebarkan dakwaan tidak berasas kononnya dia telah bertukar agama.

Menerusi hantaran di Threads, Daiyan, 32, meluahkan rasa kesal apabila akaun terbabit kembali aktif biarpun sudah beberapa kali digantung oleh platform berkenaan.

“Boleh tak semua orang tolong laporkan akaun ini? Ia jelas palsu dan saya memang dah terlalu penat. Akaun ini dah digantung banyak kali tetapi tetap muncul semula. Saya tak faham apa motifnya dan kenapa.

“Hentikanlah perkara mengarut ini,” katanya.

Tindakan individu di sebalik akaun berkenaan turut mengundang kemarahan rakan artis dan netizen yang menyifatkan perbuatan itu keterlaluan serta melampaui batas.

Rata-rata mereka menyuarakan sokongan terhadap Daiyan dan mengambil langkah membuat laporan demi menghentikan penyebaran fitnah tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top