Daiyan Trisha nafi isteri keempat VIP

Daiyan Trisha nafi isteri keempat VIP

Daiyan Trisha nafi isteri keempat VIP


affan.rostam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi popular, Daiyan Trisha tergelak sebaik menyedari ada pihak mendakwa dirinya isteri keempat kepada individu bergelar Datuk.

Berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IGs), Daiyan atau nama sebenar, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, menjelaskan dia sudah tidak terganggu dengan gosip liar yang dilemparkan terhadapnya.

“Kakak ‘reporter’ (wartawan) baru hubungi bertanya apakah Daiyan tahu pasal orang ramai petik nama Daiyan di TikTok yang Daiyan adalah isteri keempat kepada seorang Datuk.

“Saya hanya mampu tergelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempatlah dan dibela oranglah. Apa sahaja yang cuba menolak usaha keras saya selama ini (karier seni)… Itu sudah tidak mengganggu saya lagi!,” katanya.

Laman sembang kecoh konon seorang aktres popular didakwa sudah bergelar isteri keempat kepada jejaka bangsawan.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan aktres terbabit tidak diketahui. Namun, pasangan itu didakwa sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum berumah tangga.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top