Dakwaan ada rumah di Dengkil, Nubhan jelaskan hanya sewa – “Tak nak bila gaduh, dilihat anak-anak”

Dakwaan ada rumah di Dengkil, Nubhan jelaskan hanya sewa – “Tak nak bila gaduh, dilihat anak-anak”


Penyanyi dan usahawan, Nubhan tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kononnya dia memiliki sebuah rumah di Southville, Dengkil selepas perkara itu dibangkitkan oleh isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sebelum ini yang tidak mengetahui tentang kewujudan kediaman tersebut.

Nubhan jelaskan hanya sewa

Menurut laporan mStar, Nubhan berkata, rumah berkenaan sebenarnya disewa selepas dia memilih untuk menetap di situ susulan masalah yang timbul dalam rumah tangganya.

Nubhan jelaskan

Foto: IG Nubhan

Jelasnya, keputusan untuk tinggal berasingan dibuat demi kebaikan bersama, selain mahu mengelakkan pertengkaran mereka disedari oleh anak-anak.

“Rumah itu saya tak beli tetapi sewa. Disebabkan apa yang berlaku, saya perlu asingkan diri. 
“Saya tak mahu apabila kami bergaduh, ia dilihat oleh anak-anak. Saya juga tak sanggup melihat mereka bersedih kerana boleh tinggalkan perkara buruk dalam ingatan. 
“Saya nak jaga emosi anak-anak dengan baik. Jadi saya keluar dari rumah supaya keadaan dapat dikawal. Saya tak mahu anak-anak rasa tertekan,” katanya pada mStar pada Khamis.
Nubhan jelaskan

Foto: BH Online

Minggu lalu, penyanyi berusia 39 tahun itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, dia menceraikan isterinya sewaktu berada di dalam kereta selepas mereka keluar menikmati makan malam bersama pada 26 Ogos lalu.

Artikel lain: Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok lepas 10 tahun berkahwin

Nubhan jelaskan

Foto: Malaysia Tribune

Sementara itu, mengulas dakwaan Dr. Afifah kononnya tidak mengetahui punca perceraian, Nubhan menjelaskan bahawa kedua-duanya maklum tentang situasi yang membawa kepada keretakan hubungan mereka sehingga tiada lagi persefahaman.

“Berat sebenarnya tapi bukan semua orang nak perkara ini berlaku. Saya sudah lama fikirkan hal ini. Dia dakwa tidak tahu punca diceraikan, itu tidak mungkin. 
“Saya dah pernah berbincang perkara ini banyak kali. Saya juga dah berjumpa bapanya bercerita tentang masalah yang berlaku serta pernah bawa dia berjumpa pakar rumah tangga. 
“Bila dia kata tidak tahu (punca diceraikan) itu adalah tak wajar. Saya pun tidak mahu cakap banyak kerana takut perkara yang tak baik keluar. Kami pernah tinggal bersama selama 10 tahun, jadi biarlah saya simpan semua kisah ini,” ujarnya lagi.
Nubhan jelaskan

Foto: IG Dr. Afifah

Tambah peserta program realiti Gegar Vaganza ke-12 (GV12) itu, sepanjang tempoh berkahwin, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki hubungan mereka selain enggan mengulas lanjut mengenai kemungkinan untuk berbaik semula.

“Saya juga ingin nyatakan saya bersyukur dengan apa  yang berlaku. Selama menjadi suami saya tidak pernah culas terhadap tanggungjawab dan kasih sayang. Mungkin takdir dah tertulis sampai di sini sahaja,” tambahnya.
Nubhan jelaskan

Foto: IG Dr. Afifah

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah berkahwin pada pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: mStar 1 & 2 (Farol Hadi)





Source link

OR

Scroll to Top