Dakwaan jatuhkan kerajaan? Ketua Polis Negara sahkan terima laporan

Dakwaan jatuhkan kerajaan? Ketua Polis Negara sahkan terima laporan

Dakwaan jatuhkan kerajaan? Ketua Polis Negara sahkan terima laporan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara yang melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis telah diterima dan siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi sesiapa yang, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata, PDRM masih meneruskan siasatan terhadap kes ini dan menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dakwaan tersebut.

“Siastan masih diteruskan dan masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini sementara PDRM melengkapkan siasatan bagi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” ujarnya.

Sumber: Facebook PDRM





Source link

OR

Scroll to Top