am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan peletakan jawatannya dalam parti itu, sebaliknya beliau kekal menjalankan amanah itu seperti biasa.
Nurul Izzah berkata, tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan parti itu.
“Saya ingin menjelaskan bahawa dakwaan berhubung peletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN adalah tidak benar.
“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Menurutnya, beliau menghargai keprihatinan semua pihak dan menggalakkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan serta sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
© New Straits Times Press (M) Bhd





