Pelakon Uqasha Senrose menitipkan pesanan kepada wanita-wanita diluar sana yang melalui perkara sama sepertinya untuk bangkit.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Insta Story, Uqasha berkata jangan jadi sepertinya dan tiada apa yang perlu ditakutkan untuk bebas dari perkahwinan yang memudaratkan.
BACA: Untuk Perempuan Di Luar Sana Seperti Mana Saya Kena, Tolonglah Bangkit”
“Kepada sesiapa nak jadi biskut bangkit, silakan. Kepada yang tahu dan alami, jangan takut macam saya dulu. Langkah pertama adalah jangan takut,” katanya.
Dalam satu hantaran lain, Uqasha berkata tidak haram bercerai sekiranya mendatangkan kemudaratan dalam sesebuah perkahwinan itu tanpa berkongsi lanjut mengenai pengalaman yang dilaluinya sepanjang empat tahun perkahwinan dengan Kamal Adli.
“Dalam Islam, bercerai itu tidak haram jika mendatangkan kemudaratan. Apa kemudaratan yang saya lalui?” katanya.
Terdahulu, Uqasha berkata dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya serta memberi peluang kepada suaminya namun tiada perubahan.
Sumber: HibGlam





