Dalam keadaan agama Islam dihina, berdiam diri bukan satu pilihan – Sultan Pahang

Dalam keadaan agama Islam dihina, berdiam diri bukan satu pilihan – Sultan Pahang

Dalam keadaan agama Islam dihina, berdiam diri bukan satu pilihan – Sultan Pahang


KUALA KRAU: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kesal terhadap tindakan seorang mahasiswa universiti awam di negeri ini yang didakwa memijak naskhah al-Quran dalam insiden yang mencetuskan kemarahan umat Islam terutama dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Baginda bertitah, perbuatan tersebut bukan sekadar kesalahan biasa, sebaliknya satu bentuk penghinaan yang mengguris hati umat Islam dan menggugat keharmonian masyarakat yang sekian lama dipupuk atas dasar saling menghormati antara agama serta kaum.

Titah baginda, apabila al-Quran dipijak, yang tercalar bukan sekadar helaian kertas, tetapi kesucian wahyu serta maruah umat Islam.

Dalam keadaan agama Islam dihina, tegas baginda, berdiam diri bukan satu pilihan.

“Diam ketika agama dihina tanda lemahnya jiwa dan pudarnya maruah. Namun, mempertahankan agama mesti dengan hikmah dan berlandaskan undang-undang. Islam menuntut ketegasan dalam lingkungan keadilan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Felda Jengka 19 yang bernilai kira-kira RM5 juta di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah menegaskan, sebagai ketua agama Islam negeri Pahang, sebarang penghinaan terhadap Islam wajib ditangani secara tegas tanpa kompromi menurut lunas undang-undang dan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina mana-mana agama.

Sultan Pahang turut mengingatkan bahawa rakyat pelbagai bangsa dan agama di negeri ini wajib saling menghormati kitab suci dan pegangan masing-masing demi memastikan bumi Pahang kekal aman, harmoni dan sejahtera. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top