Anak pelakon terkenal, Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 22, menegaskan pandangan orang luar tentang hubungannya dengan teman wanita dari Singapura langsung tidak penting.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Danish berkongsi sebuah video memaparkan momennya bersama kekasih hati sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Ada yang mendakwa wanita pilihannya itu mungkin belum mendapat restu ibunya, penyanyi dan pelakon, Abby Abadi, kerana perbezaan usia.
Bagaimanapun, Danish dengan tegas menegur pandangan orang yang tiada kaitan dengan dirinya.
“Pandangan atau restu daripada orang yang tidak patut terlibat macam awak tidak diperlukan. Jaga urusan sendiri,” tegasnya.






