Danish Iftikhar ungguli acara riben biru Sukma

Danish Iftikhar ungguli acara riben biru Sukma


DANISH Iftikhar Muhammamad mengungguli acara 100 meter (m) Sukma Sarawak 2024 untuk bergelar raja pecut dalam acara riben biru di Stadium Sarawak, Kuching sebentar tadi.

Ketiadaan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi pada temasya tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelari Johor itu untuk membuat catatan 10.53 saat (s) bagi memastikan pingat emas dalam genggaman.

Pelari Selangor, Danish Irfan Tamrin pula di tempat kedua menerusi masa 10.60s, manakala atlet Pahang, Muhammad Efrain Feerzan Khan pula terpaksa berpuas hati dengan catatan 10.66s untuk meraih gangsa.

Azeem yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s itu tidak bertanding kali ini selepas beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Peraturan Sukma menetapkan atlet yang sudah menyertai Olimpik tidak dibenarkan untuk bertanding di temasya berkenaan.

Pada edisi 2022 di Kuala Lumpur, Azeem memenangi pingat emas selepas mencatat masa terpantas 10.25 saat (s) pada aksi final.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top