Pendakwah bebas PU Riz mendedahkan perjalanan hubungan bersama isterinya yang juga selebriti terkenal , Noor Neelofa bermula atas dasar profesional sebelum mereka membuat keputusan untuk ke fasa perkahwinan.
Kata PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika sesi temu bual bersama Ubai MZ, keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan didorong oleh kisah cinta semata-mata, sebaliknya dibuat dengan pertimbangan rasional sebagai seorang lelaki yang mahu memilih pasangan hidup terbaik.
“Ini bukan cerita cinta tapi bagaimana seorang lelaki menggunakan otaknya untuk pilih pasangan. Sebab bila nak kahwin macam orang ni (Neelofa) dia bukan benda yang biasa macam kita kahwin dengan orang biasa (biasa maksudnya disini orang tu bukan tak cantik tetapi lebih dikenali).
“Saya bagitahu mudah sahaja. Antara yang saya cakapkan adalah, saya taknak menjadi topik penceritaan orang ramai. Kurangkan hidup glamor ini. Alhamdulillah banyak yang dibincangkan di terima Neelofa. Better than what I expect,” katanya.
Tambah Haris, keperibadian Neelofa yang baik serta keikhlasannya dalam melakukan sesuatu perkara menjadi antara faktor yang meyakinkannya untuk membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.
“Lofa pun orangnya baik. Kemungkinan juga ikhlas dalam apa yang dia buat. Dan jadilah kita satu keluarga sekarang ini. Yang tidak lagi menjadi perhatian awam,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka, Haris mengaku banyak perkara yang dibincangkan secara matang sebelum berkahwin kebanyakan daripadanya dipersetujui oleh Neelofa.
“Perbincangan yang sebelum kahwin, Neelofa banyak bersetuju. Dan dia pun not bad juga. Tengok dia mengaji al-Quran dan sebagainya.
“Macam saya tak berapa cari, tapi Tuhan beri. Dan apa berlaku ini saya hanya usaha dan selanjutnya Allah yang tentukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar rakan kerja sahaja dan tanpa sebarang niat lain.
“Kami kenal on professional term sahaja. Dan hubungan kerja sahaja.
“Saya sendiri pun tak pernah tanya apa-apa dan alhamdulillah cerita begini tak banyak tular di media sosial. Macam saya ni, saya tak berapa nak pamerkan sangat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Didik Anak Faham Segala Milik Allah, Neelofa & PU Riz Kawal Guna Gajet Sejak Kecil – “Besar Nanti Mereka Senang Faham”
ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa & PU Riz Lancar Buku, Semai Didikan Awal Agar Anak Kenali Tuhan Sejak Usia Muda
ARTIKEL BERKAITAN:“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN:PU Riz Tegur Netizen Suka Bercakap Perihal Orang Lain – “Satu Kalimat Boleh Bawa Ke Neraka, Diam Lebih Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Selepas Berniqab, Jenama Besar Rayu Semula Dengan Nilai Berganda
Sumber: Threads






