“Dari Usia 20-an Saya Aktif Crossfit & Pilates” – Dipuji Kuat Dukung Anak Sebelah Tangan, Fazura Luah Rasa Syukur

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa syukur diberi tenaga dan kekuatan untuk mendukung anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisha ketika bercuti.

Menerusi ciapan di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, memaklumkan sejak di usia 20-an dia sudah mula aktif bersenam.

“Masya-Allah, Tabarakallah, aturan Allah SWT canik dan terbaik. Allah dah atur saya aktif ‘crossfit’ dan pilates dari umur 20-an dulu,” katanya.

Dalam masa sama, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia ini turut menjelaskan dia sudah bersedia sejak awal mengutamakan kesihatan diri agar berkemampuan menjaga Fatima.

“Alhamdulillah, sekarang saya dah bersedia dari awal untuk kesihatan diri sendiri dan untuk jaga anak sebaiknya mudah-mudahan. Amin, terima kasih Ya Allah,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika membalas komen seorang individu yang secara terbuka memujinya seorang wanita kuat kerana mampu mendukung Fatima sambil memegang ‘stroller’.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan terinspirasi dengan kekuatan fizikal Fazura.

Source link

OR

Scroll to Top