Dato’ Harun kekal gaya agresif hadapi Bandar Puncak Jalil

Dato’ Harun kekal gaya agresif hadapi Bandar Puncak Jalil


PENGENDALI skuad bola sepak Piala Datuk Mohktar Dahari Bawah 15 (B-15) Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Mohd Afindi Sua’id, menegaskan pasukannya akan terus mengekalkan gaya permainan menyerang pantas dan agresif apabila turun menentang SMK Bandar Puncak Jalil di padang Universiti Selangor (Unisel) pada Jumaat ini.

Afindi berkata, corak menyerang sudah menjadi kekuatan utama skuad muda Dato’ Harun sejak awal kejohanan dan tiada sebab untuk mengubah identiti tersebut menjelang aksi penting peringkat kalah mati itu.

“Ya, sudah semestinya kami akan terus mengekalkan pendekatan ini kerana sememangnya kebolehan pasukan kami ialah memberi tekanan awal kepada pihak lawan. Dari situ kita akan lihat kesesuaian taktikal seterusnya,” katanya kepada Sukan Sinar.

Skuad Dato’ Harun, Tanjung Karang yang dikenali dengan disiplin taktikal dan intensiti tinggi, menjadi antara pasukan pilihan untuk mara jauh berdasarkan rekod cemerlang mereka di peringkat kumpulan sebelum ini.

Namun Afindi menegaskan, status itu tidak boleh dijadikan alasan untuk memandang ringan keupayaan lawan dari Seri Kembangan berkenaan.

“Saya selalu berpesan kepada para pemain agar sentiasa fokus dan memberikan komitmen di dalam padang, tidak kira siapa lawan yang akan ditentang.

“Saya juga sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak memandang rendah pasukan lawan. Dalam bola sepak remaja, apa-apa boleh berlaku jika kita leka,” katanya.

Saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Sinar Harian sebagai media rasmi kejohanan.

INFO

Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15

Pusingan 16 Terbaik

Jumaat (10 Oktober)

SMK Dato’ Harun lwn SMK Bandar Puncak Jalil

(Padang Unisel, 3.30 petang)

SMK Meru lwn SMK Seksyen 16 Kota Damansara

(JSA Setia Alam, 3.30 petang)

SMK Saujana Utama lwn SMK Seksyen 19

(Padang EV Arena Elmina, 3.30 petang)

SMK Taman Medan lwn SMK Bandar Baru Bangi.

(Padang Astaka PJ, 3.30 petang)

SMK Seksyen 9 lwn SMK Bandar Tun Hussein Onn 2

(Padang JSA Setia Alam, 3.30 petang)

SMK Bandar Tasik Kesuma lwn SMK Dato’ Hamzah

(Padang Eco Majestic, 3.30 petang)

SMK Bandar Seri Putra lwn SMK Taman Melawati

(Padang UKM ‘B’ Bangi, 3.30 petang)

SMK Putra Perdana lwn SMK Kuala Kubu Bharu

(Padang SMK Putra Perdana, 3.30 petang)

Ringkasan AI

  • Pengendali skuad SMK Dato’ Harun, Mohd Afindi Sua’id, menegaskan pasukannya akan mengekalkan gaya permainan menyerang pantas dan agresif dalam perlawanan menentang SMK Bandar Puncak Jalil
  • Corak menyerang merupakan kekuatan utama skuad muda Dato’ Harun sejak awal kejohanan
  • Skuad Dato’ Harun dikenali dengan disiplin taktikal dan intensiti tinggi, menjadi pasukan pilihan untuk mara jauh
  • Afindi mengingatkan pemainnya agar tidak memandang rendah lawan dan sentiasa fokus serta memberikan komitmen
  • Saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi kejohanan



Source link

OR

Scroll to Top