Datuk Red Kini Bahagia, Didakwa Dah Jumpa Pengganti Baru? – “Dia Wanita Hebat, Penyayang & Bijak Urus Bisnes”

Datuk Red Kini Bahagia, Didakwa Dah Jumpa Pengganti Baru? – “Dia Wanita Hebat, Penyayang & Bijak Urus Bisnes”


Usahawan dan pempengaruh, Datuk Red mencuri perhatian selepas tular sebuah video memaparkan dirinya bersama seorang wanita.

Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu menyifatkan wanita yang dipercayai istimewa di hatinya itu seorang insan hebat.

“Siapa kenal wanita hebat sebelah saya. Wanita ini saya selalu tengok live dia,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi ini turut berkata wanita itu seseorang yang bijak dalam menguruskan perniagaan, selain penyayang.

“Dia penyayang dengan anak-anak. Saya tidak membandingkan dengan sesiapa. Paling mahal adalah kecekalan dan kebijaksanaan dia menguruskan perniagaan,” katanya.

@dato..red

Replying to @Syarifah Marisa

♬ original sound – abg red – abg red

Bagaimanapun, Datuk Red memilih untuk tidak mendedahkan wajah wanita tersebut, namun di ruangan komen hantaran itu ramai yang dapat meneka siapakah figura individu tersebut.

Artikel Berkaitan: “Kami Masih Berkawan” – Nafi Dicakar & Diterajang, Adira Suhaimi Perjelas Tiada Masalah Dengan Bekas Isteri Datuk Red 





Source link

OR

Scroll to Top