David Balisong kurus kering, rakan sebilik lapor polis

David Balisong kurus kering, rakan sebilik lapor polis


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Remaja hilang, David Balisong, 17, ditemui dalam keadaan kurus kering kerana hanya makan makanan segera sepanjang kehilangannya namun berada dalam keadaan selamat.

Ibunya, Minerva Balisong, 50 berkata, dia mengenali anaknya itu walaupun keadaan fizikalnya sudah banyak berubah akibat penurunan berat badan.

“Keadaannya baik, dia hanya makan makanan segera dan banyak kehilangan berat badan, tetapi saya tahu itu memang dia.

“Kami baru sahaja menemuinya dan saya sendiri tidak percaya. Rakan sebiliknya di hotel yang melaporkan tentang dirinya kepada pihak polis, sekarang sedang menunggu pihak polis untuk mengambil keterangannya,” katanya.

Sementara itu, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang individu menyerupai David di sebuah hotel sekitar Pudu, di sini, lantas beliau melaporkan maklumat itu kepada pihak polis.

Katanya, pemberi maklumat terbabit adalah rakan pengembara yang tinggal di hotel bersama David dan ternampak laporan berita berkenaan pencarian remaja warga Britain itu.

“Individu berkenaan menghubungi saya selepas membaca berita mengenai kehilangan remaja berkenaan.

“Balisong menyewa bilik bersama empat rakan pengembara dari beberapa negara, pengembara dari Korea kemudian menghubungi saya memaklumkan perkara berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis Kuala Lumpur kerana bertindak pantas dalam perkata ini,” katanya.

Berita berkaitan:

Hilang sejak Jun, remaja Britain, David Balisong ditemukan selamat

Remaja UK hilang, ibu bimbang anak jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top