Pelakon Dayana Roza mengesahkan rumah tangganya bersama suami, A’dale Adham Ayahudin sudah pun terlerai apabila sah bercerai pada 18 Disember lalu.
Memetik HibGlam, Dayana mengesahkan dia ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk proses cerai dan kini dalam tempoh idah.
BACA: Dayana Roza Selamat Bertunang Dengan Ahli Perniagaan
“Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk proses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah,” katanya.
Sementara itu, Dayana berkata lima tahun mendirikan rumah tangga tahun lalu dia hampir bercerai dan sudah tertulis jodoh mereka setakat ini sahaja.
“Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan. Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami,” katanya.
Untuk rekod, Dayana dan A’dele berkahwin pada 25 Disember 2020. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika kini berusia dua tahun.
Sumber: HibGlam






