hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan tiga sitaan terhadap perniagaan yang dikendalikan warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan sekitar pusat bandar utara, di sini, semalam.
DBKL dalam kenyataan berkata, ia dilaksanakan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan penjajaan di ibu kota mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan dan Penjajaan (WPKL) 2016.
“Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak tiga tindakan sitadikenakan ke atas penjaja tanpa lesen, di mana semua perniagaan terbabit adalah kendalian bukan warganegara.
“Semua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini untuk tujuan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam ini.
Katanya, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kawasan terbabit bebas daripada aktiviti penjajaan tanpa lesen serta bagi menjamin keteraturan dan kebersihan persekitaran bandar.
“Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan boleh menyalurkan maklumat menerusi pautan adukl.dbkl.gov.my,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd