am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan pemakaian Perintah Tetap Kadar Kenaan Bayaran 2025 yang mula dilaksanakan pada 1 Februari lalu.
DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar bayaran bagi semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh DBKL akan dikekalkan pada kadar lama sehingga pemberitahuan selanjutnya.
“DBKL sentiasa mengambil kira keperluan dan kepentingan warga Kuala Lumpur dalam setiap keputusan yang dibuat, termasuk dalam aspek kadar bayaran perkhidmatan,” katanya.
“Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa,” katanya.
Menurut kenyataan itu, DBKL menghargai pandangan semua pihak dan berjanji untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan warga kota.
© New Straits Times Press (M) Bhd