PENGENDALI Sepanyol, Luis de la Fuente bertekad untuk mengembalikan kegemilangan era bola sepak La Roja dengan skuad muda yang berbakat.
Selepas memenangi Kejuaraan Euro tahun lalu dan mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, beliau yakin skuad La Roja mampu mencapai lebih banyak kejayaan.
“Kami mahu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Sepanyol.
“Pasukan ini sangat muda dan mempunyai potensi yang besar. Kami mahu membina semula warisan kemenangan yang pernah kami miliki,” kata De la Fuente.
Sepanyol mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti.
Sebagai rekod, Sepanyol akan berdepan Perancis di Stuttgart pada 5 Jun, dan De la Fuente menegaskan La Roja akan berjuang habis-habisan tanpa mengira lawan mereka.
“Kami akan berjuang untuk setiap kemenangan. Kami mahu membuktikan bahawa Sepanyol kembali menjadi kuasa bola sepak yang digeruni,” tegasnya.
PIALA NEGARA-NEGARA EROPAH
SEPARUH AKHIR
5 JUN
Jerman lwn Portugal,
(Allianz Arena, 2.45 pagi)
6 JUN
Sepanyol lwn Perancis
(MHP Arena, 2.45 pagi)