“Dedah Aurat Tak Baik” – Seminggu Peluk Islam, Kekasih Ben Amir Ditegur Netizen

“Dedah Aurat Tak Baik” – Seminggu Peluk Islam, Kekasih Ben Amir Ditegur Netizen


Teman wanita kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya ditegur oleh netizen di media sosial untuk memakai hijab serta menutup aurat sebagai wanita beragama Islam.

Menerusi satu hantaran di Threads, Maiya atau nama Islam Liana Alana meluahkan rasa terkejut apabila ada yang memintanya untuk berubah menjadi muslimah yang baik biarpun dia baru seminggu bergelar mualaf.

BACA: Kekasih Ben Amir Sah Peluk Islam, Pilih Nama Liana Alara

“Baru seminggu masuk Islam, orang dah mengharapkan saya upgrade penuh, lengkap 100% semuanya.,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Maiya turut memuat naik mesej netizen yang memberi teguran kepadanya untuk menutup serta tidak boleh mendedahkan aurat.

Perkongsian Maiya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta wanita itu untuk tidak pedulikan mesej individu itu sebaliknya ambil masa untuk belajar agama islam. 






Source link

OR

Scroll to Top