Pelakon Kamal Adli berkata dia berani bersumbah serta menjunjung al-Quran bahawa segala dakwaan isterinya Uqasha Senrose dipukul sepanjang perkahwinan adalah fitnah.
Menerusi temu bual bersama Hlive, Kamal turut mempersoalkan mengapa sekarang isterinya cerita mengenai dakwaan tersebut serta meminta untuk menunjukkan bukti.
BACA: “Mengandung Pun Dia Boleh Pukul Saya” – Uqasha Dakwa Dipukul, Didera Sejak Kahwin
“Dakwaan salah ini dan saya sudah agak hal ini. Demi Allah, saya berani junjung Quran, saya tak pernah memukul isteri saya. Demi Allah saya berani junjung, letak atas nama mak ayah saya, saya tak pernah (pukul).
“Kenapa baru sekarang nak cerita apa semua? Ada bukti apa? Bukti medical report ke, laporan polis ke, apa-apa video menunjukkan saya pukul dia? Tolong.
“Saya dah agak benda ni, Permainan dia nak main macam ni, Tapi tak apa ini fitnah. Silakan,” katanya.
Sementara itu, Kamal berkata meskipun sudah beberapa kali diaibkan dia tetap akan menyimpan kisah rumah tangga selagi Uqasha masih isterinya.
“Tapi saya rasa terlalu melampau. Kalau dia betul nak saya ceraikan dia, sampai tahap itu dia buka semua hal-hal itu. Pada akhirnya kalau prosedur ini tak ada persetujuan, insya-Allah benda itu akan putus juga. Saya cuma berjuang sekarang, saya gunakan ikut saluran yang betul sahaja,” katanya.






