“Demi Allah Saya Mahu Berpisah Bukan Kerana Duit” – Uqasha Senrose Luah Perasaan, Gesa Kamal Adli Percepat Cerai

“Demi Allah Saya Mahu Berpisah Bukan Kerana Duit” – Uqasha Senrose Luah Perasaan, Gesa Kamal Adli Percepat Cerai


Pelakon Uqasha Senrose tampil meluahkan isi hatinya sekali gus menegaskan keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru atau atas faktor materialistik.

Menurut Uqasha, segala usaha telah dilakukan demi mempertahankan rumah tangga, namun keputusan yang diambil hari ini adalah demi masa depan dirinya dan anak mereka.

Jelasnya, setiap rumah tangga pasti diuji dengan pelbagai cabaran, namun hanya dirinya yang benar-benar mengetahui apa yang dilalui sepanjang tempoh empat perkahwinan tersebut.

“Dengan rasa rendah diri, saya dah tak tahu apa lagi nak buat atau buktikan. Semua saya dah buat.

“Tapi ini tentang masa depan saya dan saya nak berpisah dengan Ahmad Kamal Ahmad Adli  atas sebab yang hanya saya sahaja tahu dan lalui. Tidak ada sebuag rumah tangga pun tidak ada ujian. Pasti ada baik dan turun.

“Allah yang maha mengetahui  segalanya. Sorok lah hujung dunia pun Dia maha melihat.  Allah tidak pernah tidur. Jika saya ambil keputusan mahu berpisah pasti ada sebab yang kuat untuk saya berpisah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Uqasha menepis dakwaan kononnya perpisahan ini berkait dengan wang atau kemewahan.

Tegasnya, keputusan itu dibuat atas dasar tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Terpulang atas tanggapan masing-masing. Cuma ada beberapa perkara saya nak betulkan iaitu, saya tmahu orang kaya? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit. Demi Allah. Tetapi demi anak saya, Hawra Uqaira, Wallahi.

“Jadi saya memohon lepaskan lah saya. Saya tahu kenapa saya sebulat hati mahukan perpisahan.  Jadi jangans ulitkan dan membenarkan saya diperlekeh sebegini teruk,” jelasnya.

Seakan sudah reda dengan situasi yang berlaku, Uqasha mengakui,  hubungan seorang ayah dan anak tidak akan terputus walau apa pun keputusan yang diambil.

“Hubungan wak takkan terputus dengan anak awak sampai mati.  Lepaskan lah saya.  Saya mengalah. Awak tetapayah kepada anak yang saya kandungkan.

“Semoga next hakam ini dipermudahkan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri Mohon Netizen Beri Ruang Isu Cerai Kamal Adli & Uqasha Senrose – “Korang Jangan Berpihak Pada Sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah! Demi Nama Mak Ayah Saya & Saya Berani Junjung Al-Quran ” – Kamal Adli Nafi ‘Naik Tangan’ Terhadap Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Orang Tahu Saya Memang Seorang Diri Semasa Mengandung Sebab Dia Kerja ‘Back To Back’” – Uqasha Senrose



Source link

OR

Scroll to Top