Pelakon Kamal Adli tampil menjelaskan mengnai hubungannya dengan isteri iaitu Uqasha Senrose dalam keadaan baik serta menepis tuduhan mendakwa dia terlalu sibuk bekerja sehingga tiad amasa untuk keluarga dan anak mereka, Hawra Uqaira
Menerusi perkongsian di Instagram, Kamal memuat naik hantaran berkenaan untuk menjawab spekulasi mengenai rumah tangganya serta menafikan andaian bahawa tiada kerja.
BACA: “Mahkamah Syariah Pun, Saya Tak Tahu Kat Mana” – Kamal Adli
“Saya terpanggil untuk membetulkan beberapa statment daripada netizen-netizen ku sayang yang melibatkan maruah saya, isteri saya, & keluarga kami berdua.
“Pertama, ada segelintir netizen yang buat andaian bahawa saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik tau.. Tengok dekat atas tu.. Banyak je masa saya luangkan untuk Hawra, bawa bercuti dan sebagainya. Saya adalah seorang ayah. Saya sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tak fikir pasal Hawra.
“Kedua, ada segelintir netizen yang cakap saya tiada job sampai 3 bulan.. Salah tu, saya tak ambil job selama 2 bulan untuk berehat setelah back to back dengan kerja dan pada masa yang sama saya nak fokus pada isteri dan anak saya. Tak baik korang cakap saya tak ada job,” katanya.
Sementara itu, Kamal turut memohon orang ramai agar tidak memberi provokasi kepada dirinya serta Uqasha dan baginya urusan peribadi mereka biarlah menjadi rahsia antara mereka sahaja.
“Kepada segelintir netizen yang tinggalkan komen negatif kepada saya atau isteri, jangan begitu. Urusan peribadi kami biarlah jadi rahsia kami suami isteri.
“Saya cuma minta, janganlah ‘provoke’ isteri saya atau tinggalkan komen negatif. Isteri saya juga manusia. Kadang-kadang penat kerja, sesekali ‘stress’.
“Apa yang terbaik, doakan isteri saya dan kami sekeluarga. Demi Allah, saya sayangkan isteri saya dan anak sangat… Minta maaf. Saya sayang kalian juga,” katanya.