'Demi elak percanggahan laporan, kami tahan diri dari keluar sebarang kenyataan' – Peguam keluarga Zara Qairina

'Demi elak percanggahan laporan, kami tahan diri dari keluar sebarang kenyataan' – Peguam keluarga Zara Qairina


am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peguam keluarga Zara Qairina Mahathir, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang telah mengarahkan kubur arwah digali semula dan bedah siasat dijalankan terhadap jenazahnya, semalam.

Peguam, Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang telah mengawal rapi proses penggalian serta bedah siasat itu.

“Seperti yang dimaklumkan, semalam, ada kecederaan ditemui pada tubuh Zara ketika bedah siasat.

“Demi mengelak berlaku percanggahan antara laporan lisan bedah siasat yang dimaklumkan kepada kami dan ibu Zara selepas tamat bedah siasat, semalam, dengan laporan rasmi bedah siasat yang akan dikeluarkan oleh pihak hospital, kami menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan laporan bedah siasat itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua individu termasuk wartawan, yang berada di tanah perkuburan serta Hospital Queen Elizabeth 1 dari pagi hingga ke malam.

“Sokongan penuh anda yang menyaksikan proses penggalian kubur, pengebumian jenazah dan bedah siasat, amat kami hargai,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top