Vigar meninggal dunia pada Khamis selepas kepalanya terhentak pada tembok konkrit ketika beraksi bersama Chichester City. FOTO: Agensi
TRAGEDI menimpa bekas bintang akademi Arsenal, Billy Vigar yang meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas terhentak pada tembok konkrit ketika beraksi bersama Chichester City telah mencetuskan desakan agar struktur keras di sekeliling padang bola sepak diharamkan.
Dalam aksi liga bawahan di gelanggang Wingate & Finchley berhampiran London, Vigar terhentak pada dinding berhampiran garisan padang ketika cuba mengekalkan bola dalam kawasan permainan.
Beliau mengalami kecederaan otak parah, koma selepas insiden itu dan menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada Khamis.
Susulan insiden itu, petisyen dinamakan ‘Vigar’s Law’ dilancarkan dengan lebih 1,000 orang menurunkan tandatangan dalam tempoh hanya beberapa jam bagi menuntut penghapusan tembok konkrit di stadium.
Peminat menyifatkan kematian Vigar sebagai tragedi yang boleh dielakkan dan menuntut langkah keselamatan segera bagi mengelakkan insiden serupa berulang.
Penghormatan buat Vigar turut dizahirkan kelab yang pernah disertainya termasuk Arsenal, Derby County, Eastbourne Borough dan Hastings United, manakala bunga-bungaan diletakkan di luar stadium Chichester sebagai tanda simpati.
Persatuan Bolasepak England (FA) dalam kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga dan semua yang terkesan dengan pemergian Vigar.
Vigar merupakan produk akademi Hale End Arsenal, menandatangani kontrak profesional pada 2022 sebelum meneruskan karier bersama Hastings dan Chichester.
Ringkasan AI
- Bekas bintang akademi Arsenal, Billy Vigar meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas terhentak pada tembok konkrit ketika beraksi bersama Chichester City
- Vigar mengalami kecederaan otak parah dan meninggal dunia setelah koma dan menjalani pembedahan
- Pelancaran petisyen ‘Vigar’s Law’ menuntut penghapusan tembok konkrit di stadium setelah lebih 1,000 orang menurunkan tandatangan
- Peminat menyifatkan kematian Vigar sebagai tragedi yang boleh dielakkan dengan meminta langkah keselamatan segera
- Penghormatan buat Vigar dizahirkan oleh kelab-kelab seperti Arsenal, Derby County, Eastbourne Borough dan Hastings United serta bunga diletakkan di luar stadium Chichester
Harga lama: RM2.05/L
Harga baharu: RM1.99/L
Anda jimat RM0.06 setiap liter